PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Thursday, January 20, 2011

KAUNTER KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DI PASARAYA KAWASAN AMPANG JAYA BERMULA 15 JANUARI HINGGA 28 FEBRUARI 2011

KAUNTER KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DI PASARAYA KAWASAN AMPANG JAYA BERMULA 15 JANUARI HINGGA 28 FEBRUARI 2011
1) PASARAYA TESCO, AMPANG. (berhadapan Restoran Pizza Hut)
2) PUSAT MEMBELI- BELAH AMPANG POINT. (belakang Domino Pizza -tempat letak motosikal)
3) PASARAYA CARREFOUR, AMPANG. (bersebelahan Kaunter Penerangan)
Waktu Operasi :-
6.00 petang - 9.00 malam (hari bekerja)
12.00 tghari - 9.00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Am)
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
JABATAN PERBENDAHARAAN MPAJ DITALIAN 03-4296 8004
LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA……

Berikut adalah lokasi kaunter :-

Thursday, January 13, 2011

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SEMINAR JKP ANJURAN MPAJ DI HOTEL DE PALMA, AMPANG.

Seminar JKP seluruh Ampang telah diadakan di Hotel De Palma sekitar 18hb Disember 2010. Seminar ini dianjurkan untuk memberi penerangan kepada semua AJK JKP (24 JKP) tentang fungsi dan peranan JKP terhadap masyarakat zon masing disamping program kesedaran.

Menurut MPAJ, seminar sebegini akan diadakan dari masa kesemasa bagi memantapkan hubungan MPAJ dengan masyarakat.

Disertakan beberapa gambar semasa sidang seminar diadakan.







PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK IMPIAN SELATAN.

Satu perjumpaan Ketua JKP dan AJK JKP dalam suasana 'bersantai sambil sarapan' bersama JKKK Impian Selatan dan dihadiri oleh YB Parlimen Ampang Hajah Zuraida Kamaruddin telah diadakan di Craven Cafe pada hari Sabtu 15hb Jan 2011, jam 9pagi.

Perjumpaan AHLI MAJLIS selaku Ketua JKP Zon 5  ini adalah untuk mendapat maklumbalas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Impian Selatan. Sebelum ini pihak JKP Zon 5 telah banyak membantu ie : longkang dilereng bukit, lampu jalan.

Gambar perjumpaan.



Thursday, January 6, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK TAMAN KELAB UKAY DIHADIRI OLEH AHLI PARLIMEN AMPANG.

JKP Zon 5 akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Taman kelab Ukay pada hari Ahad @ 8hb jan 2011, jam 12.00 tengahari dia Craven Cafe untuk membincangkan isu-isu semasa yang dialami oleh penduduk. Dijangka Ahli Parlimen Ampang akan turut serta untuk mendengar permasalahan penduduk.
Lapuran bergambar akan disiarkan.