PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Thursday, March 3, 2011

MAKLUMAT AKTIVITI JKP MPAJ ZON 5

SALAM SEJAHTERA.

Jawatankuasa Penduduk Mpaj Zon 5 (JKP Zon5) dengan bangganya menjemput semua pengunjung setia blog ini ke Majlis Perasmian Pusat Khidmat Komuniti Bukit Antarabangsa (PKKBA) pada 6hb Mac 2011 bersamaan hari AHAD, jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

Majlis perasmian ini dijangka akan dilakukakan YB Zuraida Kamaruddi Ahli Parlimen Ampang dan YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa.

Selain daripada itu, beberapa aktiviti akan diadakan di Pusat Khidmat Komuniti Bukit Antarabangsa pada setiap hujung minggu.

JKP Mpaj Zon 5 akan kemaskini setiap aktiviti yang akan diadakan.

Untuk mengadakan sebarang aktiviti kemasyarakatan, sila hubungi PKKBA ditalian 03-41611489 atau SU JKP Zon 5.

Aktiviti bulan MAC 2011.
1. Hari Bertemu Pelanggan (HBP) oleh MPAJ - 11hb Mac 2011 Jumaat - 9pagi - 1230tengahari.
2. Program Pencerian Sungai - JKPZ5 dgn PUAS, LUAS, IWK dan NGO. - 13hb Mac 2011 > 9pagi - 3petang.
3. Perasmian Dewan Bukit Mulia dan serahan CF oleh YB ADUN dan YB Parlimen Ampang - 20hb Mac 2011 > 9pagi - 12tghari.
 Harap maklum dan semua dapat hadir untuk memeriahkan aktivi kemasyarakatan Bukit Antarabangsa.

Thursday, January 20, 2011

KAUNTER KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DI PASARAYA KAWASAN AMPANG JAYA BERMULA 15 JANUARI HINGGA 28 FEBRUARI 2011

KAUNTER KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DI PASARAYA KAWASAN AMPANG JAYA BERMULA 15 JANUARI HINGGA 28 FEBRUARI 2011
1) PASARAYA TESCO, AMPANG. (berhadapan Restoran Pizza Hut)
2) PUSAT MEMBELI- BELAH AMPANG POINT. (belakang Domino Pizza -tempat letak motosikal)
3) PASARAYA CARREFOUR, AMPANG. (bersebelahan Kaunter Penerangan)
Waktu Operasi :-
6.00 petang - 9.00 malam (hari bekerja)
12.00 tghari - 9.00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Am)
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
JABATAN PERBENDAHARAAN MPAJ DITALIAN 03-4296 8004
LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA……

Berikut adalah lokasi kaunter :-

Thursday, January 13, 2011

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SEMINAR JKP ANJURAN MPAJ DI HOTEL DE PALMA, AMPANG.

Seminar JKP seluruh Ampang telah diadakan di Hotel De Palma sekitar 18hb Disember 2010. Seminar ini dianjurkan untuk memberi penerangan kepada semua AJK JKP (24 JKP) tentang fungsi dan peranan JKP terhadap masyarakat zon masing disamping program kesedaran.

Menurut MPAJ, seminar sebegini akan diadakan dari masa kesemasa bagi memantapkan hubungan MPAJ dengan masyarakat.

Disertakan beberapa gambar semasa sidang seminar diadakan.







PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK IMPIAN SELATAN.

Satu perjumpaan Ketua JKP dan AJK JKP dalam suasana 'bersantai sambil sarapan' bersama JKKK Impian Selatan dan dihadiri oleh YB Parlimen Ampang Hajah Zuraida Kamaruddin telah diadakan di Craven Cafe pada hari Sabtu 15hb Jan 2011, jam 9pagi.

Perjumpaan AHLI MAJLIS selaku Ketua JKP Zon 5  ini adalah untuk mendapat maklumbalas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Impian Selatan. Sebelum ini pihak JKP Zon 5 telah banyak membantu ie : longkang dilereng bukit, lampu jalan.

Gambar perjumpaan.



Thursday, January 6, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK TAMAN KELAB UKAY DIHADIRI OLEH AHLI PARLIMEN AMPANG.

JKP Zon 5 akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Taman kelab Ukay pada hari Ahad @ 8hb jan 2011, jam 12.00 tengahari dia Craven Cafe untuk membincangkan isu-isu semasa yang dialami oleh penduduk. Dijangka Ahli Parlimen Ampang akan turut serta untuk mendengar permasalahan penduduk.
Lapuran bergambar akan disiarkan.

Tuesday, December 21, 2010

JKP ZON 5 MENYERTAI PERTANDINGAN PAINTBALL KOMUNITI DUN BUKIT ANTARABANGSA.

1. Pertandingan Paintball Komuniti Bukit Antarabangsa anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Antarabangsa saperti berikut :
26 Disember 2010, Ahad, 7.30 pagi
Kombat Zone Paintball ( Pusat Paintball Komuniti Parlimen
Gombak ), Taman Melawati
Yuran pendaftaran : RM 25 / seorang atau RM 125 /
sekumpulan (5 orang)
Hadiah : RM 500 / RM 300 / RM 200
   

PIC : Mahadi 012 309 7660   

Mohon kerjasama semua untuk sebarkan maklumat ini serta hadir dan terlibat sama menjayakan program ini.

JKP ZON 5 DI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL MUZIKAL KOMUNITI DUN BUKIT ANTARABANGSA.


1. Majlis Makan Malam Amal Muzikal Komuniti Bukit Antarabangsa anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN  
    Bukit Antarabangsa :
    25 Disember 2010, Sabtu
    7.30 malam
    Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya
    Sumbangan Amal untuk Persatuan Belia Emas Hijau - NGO 
    Belia Orang Asli
    Bayaran : RM 20 / seorang (sumbangan amal kepada belia
    orang asli)
  
    PIC : Mazir 012 344 7099

Mohon kerjasama semua untuk sebarkan maklumat ini serta hadir dan terlibat sama menjayakan program ini.