PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Thursday, October 28, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN - MPAJ

Salam Sejatera.

Pihak MPAJ dengan kerjasama JKP Zon 5 akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada :
TARIKH: 29/10/2010 Jumaat
WAKTU: (pagi - 12tengahari
TEMPAT: DATARAN BUKIT ANTARABANGSA.

Penduduk boleh hadir dan membuat aduan kepada Jabatan2 MPAJ yang berkaitan serta di hadiri oleh agensi kerajaan yang lain spt JAIS, SPR, POLIS, JPN dan sebagainya.

Diharap penduduk tempatan dapat hadir dan boleh bertanya soalan2 yang berkaitan dengan tempat atau taman kepada Jabatan berkaitan untuk membantu.

Gambar2 program akan disiarkan kemudian.

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Budaya kanak kanak menghisap "Shisha" di Restoran Wangsa Ukay makin menjadi jadi.Kanak kanak serendah 10thn didapati tanpa segan silu menghisap shisha hampir setiap malam.

    Dalam hal ini kita tidaklah menghalang anak2 muda yg ingin berniaga shisha disitu,tp haruslah dilakukan dengan beretika dan tdk membenarkan kanak2 menghisap nya.Tp jika hendak mengejar untung dan tidak pedulikan hal begini adalah amat tidak wajar sekali.

    Sesuatu harus dilakukan pihak JKP bagi membendung gejala ini berluasa.Pihak pengusaha shisha mahupun RWU hendaklah di peringatkan tentang hal ini.

    Jika masih berdegil juga perniagaan shisha yg tidak berfaedah ini haruslah di tiadakan di situ.

    Kita kena ingat mungkin diantara penghisap2 shisha kanak kanak ini adalah anak anak kita sendiri.

    Fikirkan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas maklumat.

    Ahli Majlis dan JKP Zon 5 sudah bertemu dgn peniaga Shisha dan telah memberi teguran.

    Diberitakan juga pihak MPAJ telah datang secara mengejut petang semalam 3 nov, jam 730mlm dan telah memberi notis kpd semua penjaja disitu agar memohon permit sementara berniaga dalam tempuh & hari untuk memohon.

    Jika mana2 peniaga yang engkar atau tidak peduli dgn notis tersbut tindakan menyaman akan berlaku.

    Dalam isu ini pihak JKP akan menberi sokongan kpd peniaga2 sekitar dgn syarat yang termaktub dalam MPAJ dan bukan JKP.

    Dalam isu sdr MAN, Ahli Majlis sudah berjumpa dgn beliau dan akan membantu apa yang mampu. InsyaALLAH segala2nya akan selesai.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sdra Sabri,Tuan Mohd Kamri dan Hj Rozmi atas keperhatinan anda semua.

    ReplyDelete
  5. Urusetia JKP akan memaklumkan kepada mereka ucapan tuan. Terima kasih atas kerjasama tuan. Jika terdapat sebarang aduan, sila ke email aduan yang terpapar diatas untuk dipaparkan dalam blog ini dan dibawa keperingkat PBT. tkasih.

    ReplyDelete