PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Wednesday, August 18, 2010

DEWAN SERBAGUNA MPAJ JKP ZON BUKIT MULIA

Pembaikan Dewan Serbaguna Mpaj JKP Zon 5 Bukit Mulia yang rosak teruk akibat tidak dijaga atau selenggara dgn baik oleh pihak terbabit pada awal 2008 lalu telah siap dibaiki. Dewan ini ketika penyerahan oleh YB Zuraida kepada pihak terbabit adalah berkeadaan sempurna. Pada penghujung 2009, JKP Z5 dapati keadaan Dewan tersebut amatlah dalam keadaan dukacita dimana pagar rosak, lampu pecah, syiling pecah, cemin tingkap pecah, bilik pejabat rosak, pintu pecah.

Oleh yang demikian, beberapa pihak tampil menyatakan untuk membaikpulih Dewan tersebut dan Pejabat Daerah telah meluluskan peruntukkan untuk membaikpulih melalui Pejabat DUN Bukit Antarabangsa pada awal Ogos lalu.

Kini Dewan tersebut telah siap dibaikpulih.


WAJAH BARU DEWAN MPAJ JKP ZON 5 DI BUKIT MULIA.

WAJAH BARU

Penyerahan kunci oleh Penyelaras kerja2 membaikpulih Dewan kepada En Azman, Pegawai dari Pejabat Daerah Hulu Langat.

Penyerahan kunci oleh kontraktor kepada Ahli Majlis / Ketua JKP ZON 5 Tuan Kamri Kamaruddin sebagai caretaker sementara dilakukan dihadapan En Azman wakil Pejabat Daerah sebelum diserahkan kepada pihak yg bertanggungjawab kelak.


Ahli Majlis / Ketua JKP Zon 5 Tuan Kamri bersama Timbalan Ketua JKP Z5 Tuan Haji Rozmi disaksikan oleh Penyelaras Kerja JKP Z5 sedang membuka pintu Dewan Bukit Mulia.



DARI TEPI DEWAN.

WAJAH BARU

 DALAM DEWAN 

DALAM DEWAN.

Pihak JKP Zon 5 akan menyerahkan kunci Dewan tersebut pada pendududk Bukit Mulia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sosial saperti prgm wanita - memasak, menjahit, jamuan kenduri kahwin, remaja bermain badminton (bolasepak dan takraw dilarang sama sekali dalam kawasan dewan - atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan) dan sebagainya yang tidak mendatang kacau ganggu pada penduduk lain.

Dewan MPAJ JKP Zon 5 Bukit Mulia ini akan dirasmikan oleh YB Parlimen Ampang YB Hajjah Zuraida Kamaruddin  dalam bulan September sempena Majlis Hari Raya yang dijangka akan dilakukan. Sebarang pertukaran tarikh perasmian dan penyerahan ini akan dimaklum dari masa kesemasa oleh pihak Urusetia JKP Zon 5.

KERATAN AKHBAR SINAR @13 MEI 2008 - SERAHAN DEWAN BUKIT MULIA KEPADA PIHAK PENDUDUK BUKIT MULIA. KETIKA ITU DEWAN DALAM KEADAAN SEMPURNA TANPA SEBARANG KEROSAKAN. TIDAK SAMPAI 2 TAHUNH, DEWAN TERSEBUT ROSAK TERUK AKIBAT KELALAIAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA HARTA MPAJ.
KINI DEWAZN TERSBUT TELAH DIBAIK PULIH. LIHAK GAMBAR2 DAN AKAN DIRASMIKAN OLEH YB PARLIMEN AMPANG PADA SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUM KEMUDIAN.
Wajah Dewan sebelum dibaikpulih yang dilawati oleh YB AZMIN ALI pada 2hb Mei 2010.

DALAM DEWAN ROSAK TERUK
YB AZMIN melawat DEWAN
SYILING LUAR DEWAN
DALAM
TINGKAP PECAH
PINTU BESI DIKOPAK
TINGKAP
DALAM
DALAM.


Terima kasih.

1 comment:

  1. Difahamkan kontraktor MPAJ akan memasang logo MPAJ dan JKP pada hari Isnin @ 23 Ogos 2010 di Dewan ini.

    ReplyDelete