PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Sunday, August 22, 2010

IKLAN HARAM

Pihak JKP Zon 5 telah memaklumkan kepada Penguatkuasa MPAJ pada 21hb Ogos 2010 tentang wujudnya iklan-iklan haram yang tumbuh bagai cendawan disekitar Bukit Antarabangsa. Pihak MPAJ akan menurunkan segala iklan-iklan haram dengan segera.

Keadaan pemandangan dalam Bukit Antarabangsa agak 'kotor' dan menyakitkan mata penduduk dan pengunjung. JKP Zon 5 juga menerima  cadangan bagi menubuhkan Skuad Anti Iklan Haram. Perkara ini akan diketengahkan oleh Ahli Majlis untuk mendapatkan peruntukkan (jika ada) dan surat kuasa menurunkan iklan2 haram ini. Jika dibenarkan, sukarelawan yang cintakan alam sekitar diminta dapat bersama dalam penubuhan Skuad ini dibawah JKP Zon 5.

No comments:

Post a Comment