PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Sunday, August 22, 2010

POKOK BESAR HADAPAN SURAU ADDINIAH.

Seorang pengadu Sdr Mus telah memaklumkan kepada JKP bahawa pihak kontraktor TNB telah memotong dahan2 dikawasan tersebut bagi memasang kabel baru. Menurut pengadu, sekarang pokok tersebut tidak seimbang setelah cantasan dibuat untuk laluan kabel.

Justeru itu, pengadu mohon pihak berkuasa dapat membuat cantasan sebelah jalan raya bagi mengimbang struktur pokok besar dihadapan Surau Addiniah khususnya dan lain2 amnya. Beliau merayu pihak majlis dapat membuat lawatan dikawasan tersebut bersama pihak wakil JKP.

No comments:

Post a Comment