PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Monday, September 13, 2010

Pokok Tumbang di Riverdale, Bukit Antarabangsa.

Diberitakan hujan lebat dan ribut petir telah berlaku di Zon 5 Bukit Antarabangsa pada 12/09/2010. Menurut lapuran dari AJK Keselamatan JKP Zon 5, Sdr Zakaria serta Sdr Khalid Nordin, terdapat beberapa batang pokok telah tumbang di Riverdale Apartment dan telah menghalang lalulintas. Kejadian berlaku pada sebelah petang.

Tindakan pantas JKP Zon 5 yang berada dilokasi telah membantu memanggil piahk MPAJ, JPA, Puspel dan Syabas. Kemungkinan paip bocor juga dikesan.

Kerja2 alihan batang2 pokok dijalankan bg memastikan kenderaan boleh keluar masuk oleh pihak MPAJ dan JPA.

Piahk Puspel dan Syabas terus menyiasat utk memastikan keadaan paip yang dikatakan bocor. Hingga maklumat ini ditulis, keadaan paip tersebut belum disahkan.

Pihak JKP Zon 5 mengucapkan terimakasih kepada MPAJ, JPA, Puspel, Syabas serta pengawai MPAJ iaitu Tuan Hsrol dan Drs Sarodin kerana membantu Ahli Majlis dan Jkp serta penduduk Bukit Antarabangsa.

Siasatan susulan akan terus dipantau oleh pihak terbabit.

No comments:

Post a Comment