PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Thursday, September 2, 2010

YB AZMIN ALI ADUN BUKIT ANTARABANGSA SOLAT ISYAK DAN TARAWIH DI SURAU ADDINIAH.

YB Azmin Ali Adun Bukit Antarabangsa telah meluangkan masa beliau yang padat sepanjang bulan Ramadhan untuk bersama kariah bersolat Isyak dan menunaikan 8 rakaat solat Tarawih pada 1hb Sept 2010. Kariah yang hadir juga ramai.

Kedatangan YB telah disambut oleh pengerusi surau Haji Saidin dan barisan AJK surau serta AJK JKP Zon 5 Bukit Antarabangsa Tuan Haji Farid Faiz. Pada waktu yang sama, Ketua Polis Negara yang baru dilantik (berkuatkuasa 13sept2010) Ybhg Tan Sri Ismail Omar juga bersama dalam majlis ini. Dalam majlis ini, pihak Surau telah mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan YB kerana memberi sumbangan kepada Surau. Pihak Surau memaklumkan inilah jumlah tertinggi yang pernah diterima dari YB selaku ADUN Bukit Antarabangsa dimana pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkannya,

Majlis selesai agak awal kerana solat tarawih dijalankan hanya 8 rakaat dan sesi beramah mesra dijalankan secara ringkas.

Ahli Majlis MPAJ Tuan Kamri tidak dapat hadir bersama kerana beliau telah diluar kawasan ketika majlis ini.

No comments:

Post a Comment