PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Tuesday, March 6, 2012

BACK UP TELAH MULA KUTIP SAMPAH DI WANGSA UKAY.



HASIL kerjasama sermua pihak bersama JKP Zon 5, Ahli Majlis dan Timbalan JKP Zon 5 bersama-sama dengan wakil MPAJ telah ke lokasi pertama di Lorong belakang Wangsa 2 / 11 untuk melihat sendiri backup team mulai masuk.

Kami juga menuju ke beberapa taman spt di Taman Bukit Utama 1 dan 2, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah serta Taman Bukit Mulia.

Pada awalnya, wakil MPAJ merasakan ianya akan dapat diselesaikan hari ini tetapi Ahli Majlis dimaklumkan bahawa, tugasan tidak dapat diselasaikan pada malam ini dan akan disambung pada hari Rabu pada awal pagi.

Beginilah apabila terdapat peralihan / pertukaran kontraktor pembersihan dan kutipan sampah pepejal.

Pihak JKP akan tetap berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Bukit Antarabangsa antara kawasan palin bersih, indah dan selamat.





1 comment:

  1. KUTIPAN sampah berjalan lancar hari ini dan Ahli Majlis kawasan akan terus memantau jadual kutipan sampah pepejal secara terus menerus dgn kontraktor terbabit. Jadual kutipan akan dipaparkan dalam blog ini setelah pihak terbabit menghantar kepada JKP dlm masa terdekat.

    ReplyDelete