PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
DIBUKA SECARA RASMI PADA 6HB MAC 2011

Friday, March 2, 2012

PERHATIAN.

Untuk makluman penduduk Bukit Antarabangsa beberapa kontraktor sedang dan mulakan kerja-kerja sapert berikut dalam masa terdekat. Antaranya :

1. Kerja-kerja pembersihan di tapak tanah runtuh Taman Bukit Mewah dimana laluan asal akan di sambung semula, JKP juga difahamkan jambatan sementara JKR dihadapan Surau Addiniah akan di ambil semula oleh pihak berkaitan setelah siap kerja laluan asal disambung dan jalan diturap. Kerja-kerja ini sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang berjaya dalam tender ni.

2. Jalan Wangsa 1. Turapan baru akan dibuat dalam masa terdekat. Ini kerana tender untuk menurap jalan telah dikeluarkan oleh MPAJ beberapa minggu lalu. InsyaALLAH, sebaik sahaja kontraktor dilantik, kerja-kerja ini akan dimulakan.

3. Memotong pokok RHU. Pihak MPAJ akan memotong pokok rhu disepanjang Jalan Wangsa 1 dalam masa terdekat kerana ianya didapati tidak selamat. Banner makluman tentang pemotongan ini telah dipasang di laluan tersebut oleh pihak MPAJ.

4. Pemasangan lampu taman di Taman Bukit Mulia. Sudah selesai.

5. Longgokan sampah haram di Jalan Wangsa 1, Pihak JKP sudah membuat aduan dan tindakan akan diambil,

Harap maklum. Sila sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan jiran anda,

Terima kasih,

UNIT KOMUNIKASI JKP ZON 5.

No comments:

Post a Comment